Setelah lama tidak mengupdate blog ni, rase terasa nak update resepi kek kat blog ni. Sementara ada masa lagi katakan. Ana ingin berkongsi resepi Kek Lembap Coklat. Sebenarnya resepi ni bukan ana sendiri yang buat tapi sumber dari Baizura's Moist Choc Cake MIX.. Resepi ni dapat dari kawan sebilik dgn ana.
Antara bahan-bahannya:
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 cawan gula
Bahan B
175ml/ 1 cawan minyak masak*
175ml/ 1 cawan susu cair/segar*
220ml/ 1 1/4 cawan air panas + 2 sudu kecil Nescafe*. Kacau supaya Nescafe larut
2/3 biji telur*. Pukul telur sedikit sperti buat telur dadar
Satukan semua bahan yang bertanda *
Cara-cara
1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
2. Gaul sebati sehingga tidak berketul. Kemudian tapis.
3. MAsukkan ke dalam loyang 8 inci.
4. Bakar pada suhu 160-180 darjah selsius selama 1 jam- 1jam 15 min atau sehingga masak.
5. Adunan juga boleh dikukus.
Topping
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar minyak masak
Cara-cara buat topping
Campur semua bahan dan masak secara double boil sehingga sebati.
**Curah toping diatas kek setelah kek sejuk. Boleh ditabur dengan badam cincang atau chocolate rice untuk hiasan.
selamat mencuba!!
TInTA KEhiduPan
Friday, 27 July 2012
Monday, 28 May 2012
Good Luck exam..
Minggu peperiksaan makin hampir tak lama lagi.
Empat Petua Imam Syafie
Menguatkan badan
1.makan daging
2.memakai haruman3.kerap mandi
4.berpakaian dari kapas
Menajamkan mata
1.duduk mengadap kiblat
2.bercelak sebelum tidur
3.memandang yang hijau
4.berpakaian bersih
Menajamkan fikiran
1.tidak banyak berbual kosong
2.rajin bersugi (gosok gigi)
3.bercakap dengan orang soleh
4.bergaul dengan para ulama
Akhir kata, man jadda wajadda.. untuk final exam ni. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Pesan Ibu
Kalau Lili kejar dunia Lili akan jumpa...
Kalau Lili kejar akhirat Lili akan jumpa...
...masih tidak faham
pertandingan lumba lari.
Barulah Lili faham
Kenapa.?
Kerana,
Dunia berada di hadapan akhirat.
"Kalau kita kejar akhirat..kita pasti akan dapat dunia..tapi kalau kita kejar dunia
kita takkan dapat akhirat"
[Ustaz Ismail Kamus]
kad

Antara kaedah lama yang orang selalu gunakan untuk
menyatakan sesuatu & ternyata dengan sekeping kad
dapat mengembirakan seseorang.

Macam-macam jenis kad yang boleh kita dapat kat kedai.
Antara kad hari lahir, kad hari ibu, kad hari bapa, kad hari guru,
kad untuk sahabat dan banyak lagi..Berbeza dengan zaman sekarang
yang hany menggunakan sms atau dgn cara yg lebih cepat spt
di facebook @ sebgainya.
Sunday, 27 May 2012
Karnival CESMED-UKM
Menjelang 28-30 Mei 2012, akan berlansungnya Karnival Keusahawanan & Inovasi di UKM.
Anjuran sepenuhnya oleh CESMED-UKM dan dikelolakan oleh UsahaNiaga Senior.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti-aktiviti menarik akan dijalankan bagi mengetengahkan
usahawan sebagai satu kerjaya pilihan kepada semua pelajar UKM.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Karnival tersebut adalah:
![]() |
| Pertandingan Futsal |
![]() |
| Pertandingan Plaster Painting |
![]() |
| Pertandingan Mencipta Banner |
![]() |
| UKM got Talent |
![]() |
| Dan macam-macam lagi aktiviti yang ada |
Antara kata-kata pensyarah yang mengajar kursus Asas Keusahawanan dan Inovasi,,yang sporting
bersama pelajar-pelajar
Mari sama-sama memeriahkan lagi karnival yang dianjurkan..
Khasiat KURMA
Buah Kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya:" Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadah dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan." Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
Istimewa Dhuha
Solat merupakan kunci diterima atau ditolaknya keseluruhan ibadah yang telah dilakukan seorang mukmin. Dalam sebuah hadith diterangkan bahawa yang pertama dihisap oleh Allah s.w.t dari amal seorang hamba pda hari kiamat adalah solatnya.Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya. Jika solatnya rosak, maka seluruh amalanya akan turut rosak. Salah satu cara menyempurnakan solat wajib adalah dengan melaksanakan solat sunat.
Tentu saja, Rasulullah Saw tidak akan mengistimewakan solat Dhuha tanpa alasan. Berikut beberapa fadhilat atau keutamaan solat Dhuha yang menjadikannya begitu istimewa di mata Rasulullah saw.
Pertama, solat Dhuha merupakan ekspresi terima kasih kita kepada Allah Swt atas nikmat sihat bugarnya setiap sendi dalam tubuh kita. Menurut Rasulullah saw, setiap sendi dalam tubuh kita yang jumlahnya 360 ruas setiap harinya harus diberi sedekah sebagai makannanya.
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu, para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?” Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya, apabila ia tidak mampu maka shalat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
“Pada setiap manusia diciptakan 360 persendian dan seharusnya orang yang bersangkutan (pemilik sendi) bersedekah untuk setiap sendinya.” Lalu, para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah Saw., siapa yang sanggup melakukannya?” Rasulullah Saw. menjelaskan, “Membersihkan kotoran yang ada di masjid atau menyingkirkan sesuatu (yang dapat mencelakakan orang) dari jalan raya, apabila ia tidak mampu maka shalat Dhuha dua rakaat dapat menggantikannya.” (H.R. Ahmad dan Abu Daud)
Kedua, shalat Dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah Swt. sepanjang hari yang akan dilalui, entah berupa nikmat fisik maupun materi. Rasulullah Saw. bersabda, “Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas melakukan shalat empat rakaat pada pagi hari, yaitu shalat Dhuha, niscaya nanti akan Kucukupi kebutuhanmu hingga sore harinya.’” (H.R. Al-Hakim dan At-Tabrani)
Lebih dari itu, momen shalat Dhuha merupakan saat kita mengisi kembali semangat hidup baru. Kita berharap semoga hari yang akan kita lalui menjadi hari yang lebih baik dari hari kemarin. Di sinilah ruang kita menanam optimisme hidup. Kita tidak sendiri menjalani hidup ini. Ada Sang Maharahman yang senantiasa akan menemani kita dalam menjalani hidup sehari-hari.
Ketiga, shalat Dhuha sebagai pelindung untuk menangkal siksa api neraka di hari pembalasan (kiamat) nanti. Hal ini ditegaskan Nabi Saw. dalam haditsnya, “Barangsiapa melakukan shalat Fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat shalatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan shalat Dhuha sebanyak dua rakaat, niscaya Allah Swt. akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)
Keempat, bagi orang yang merutinkan shalat Dhuha, niscaya Allah mengganjarnya dengan balasan surga. Rasulullah Saw. bersabda, “Di dalam surga terdapat pintu yang bernama Bab Adh-Dhuha (Pintu Dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada yang akan memanggil, ‘Dimana orang yang senantiasa mengerjakan shalat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.’” (H.R. At-Tabrani)
Kelima, pahala shalat Dhuha setara dengan pahala ibadah haji dan umrah. “Dari Abu Umamah r.a. bahwa Rasulullah Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan shalat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan shalat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.’” (Shahih Al-Targhib: 673). Dalam sebuah hadits yang lain disebutkan bahwa, “Nabi Saw. bersabda, ‘Barangsiapa yang mengerjakan shalat Fajar (Shubuh) berjamaah, kemudian ia (setelah usai) duduk mengingat Allah hingga terbit matahari, lalu ia shalat dua rakaat (Dhuha), ia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah; sempurna, sempurna, sempurna.’” (Shahih Al-Jami: 6346)
Keenam, tercukupinya kebutuhan hidup. Orang yang gemar melaksanakan solat Dhuha ikhlas karena Allah akan tercukupi rezekinya. Hal ini dijelaskan Rasulullah Saw. dalam hadits qudsi dari Abu Darda. Firman-Nya, “Wahai Anak Adam, rukuklah (shalatlah) karena aku pada awal siang (shalat Dhuha) empat rakaat, maka aku akan mencukupi (kebutuhan)mu sampai sore hari.” (H.R. Tirmidzi)
Ketujuh, memperoleh ghanimah (keuntungan) yang besar. Dikisahkan, Rasulullah mengutus pasukan muslim berperang melawan musuh Allah. Atas kehendak Allah, peperangan pun dimenangkan dan pasukan tersebut mendapat harta rampasan yang berlimpah. Orang-orang pun ramai membicarakan singkatnya peperangan yang dimenangkan dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah Saw. menjelaskan bahwa ada yang lebih utama dan lebih baik dari mudahnya memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang banyak yaitu shalat Dhuha.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, ia berkata , Rasullullah saw mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun ramai memperbincangkan cepat selesainya perang, banyaknya harta rampasan dan cepat kembali mereka. Maka Rasulullah saw bersabda, maukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang cepat daripada selesai perangnya, lebih banyak memperoleh harta rampasan, dan cepatnya kembali dari medan perang? yaitu orang yang berwudu' kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak memperoleh harta rampasan dan lebih cepat kembalinya. (H.R Ahmad)
Dari Abdullah bin Amr bin Ash, ia berkata , Rasullullah saw mengirim pasukan perang. Lalu pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun ramai memperbincangkan cepat selesainya perang, banyaknya harta rampasan dan cepat kembali mereka. Maka Rasulullah saw bersabda, maukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang cepat daripada selesai perangnya, lebih banyak memperoleh harta rampasan, dan cepatnya kembali dari medan perang? yaitu orang yang berwudu' kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak memperoleh harta rampasan dan lebih cepat kembalinya. (H.R Ahmad)
Menilik banyaknya fadhilat di atas, cukup beralasan kiranya bila Nabi Saw menghimbau umatnya untuk senantiasa membiasakan diri melaksanakan solat Dhuha. Dengan mengetahui fadhilat-fadhilat tersebut, diharapkan kita lebih bermotivasi untuk beristiqamah melaksanakan solat Dhuha agar tercapai tujuan bahagia dunia dan akhirat. Amin. Sumber: majalahpercikaniman.blogspot.com
Subscribe to:
Comments (Atom)














