Friday, 23 March 2012

ISLAM MENAMAKAN SETIAP WAKTU DALAM SEHARI ADALAH UNTUK KEMUDAHAN UMATNYA AGAR MEREKA DAPAT MENCARI KEISTIMEWAAN BAGI SETIAP WAKTU TERSEBUT.
Antara rahmat yang dibawa oleh Rasulullah kepada umat ialah mengerjakan sesuatu ibadah yang mudah tetapi mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Antaranya ialah solat sunat dhuha. Rasulullah bersabda "setiap anggota kamu pada setiap hari dapat berbuat sedekah kerana pada setiap tasbih itu sedekah,setiap tahmid itu sedekah,setiap tahlil itu sedekah,setiap takbir itu sedekah, menyuruh berbuat  baik itu sedekah dan melarang berbuat jahat itu sedekah. Dan memadailah untuk menggantikan semua itu dengan dua rakaat yang dikerjakan pada waktu Dhuha."    (Riwarat Muslim)

         Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda mafhumnya, "Sesiapa yang memelihara dalam melaksanakan rakaat yang genap dari solat Dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih dilautan."    (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Antara kelebihan lain berdasarkan kepada beberapa hadis termasuklah orang yang melaksanakan akan ditulis termasuk orang-orang yang tidak lalai mengingati Allah, dimudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dibina mahligai untuknyadi syurga dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment