Saturday, 31 March 2012

Tahukah anda?



                  Coklat dengan kandugan koko(biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol flavonoid.Dengan adanya antioksidan,ia mampu untuk membunuh radikal bebas dalam tubuh.Banyaknya kandungan antioksidan dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan.


Dengan adanya antioksidan,menjadikan coklat sebagai salah satu minuman kesihatan.Fenol,sebagai antioksidan mampu mengurangkan kandumgan kolesterol dlm darah dan membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung.Selain itu, kandungan lemak pada coklat yang berkualiti tinggi terbukti ianya bebas kolesterol dan tidak menyumbat pembuluh darah.


              Jika seseorang kekurangan magnesium,masalah-masalah seperti hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian, dan masalh bulanan wanitaiaitu pra menstruasi mudah berlaku.Dengan memakan coklat, ia mampu manambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita.Perkara ini dapat mengurangkn kesan negatif daripada PMS.

No comments:

Post a Comment