Saturday, 31 March 2012
Padi VS Lalang
Serupa tapi tak sama.Bagaimana dapat diceritakan perbezaan antara padi dan lalang?
Seperti bak kata pepatah "Ikutla resmi padi,makin berisi makin tunduk", dan janganlah jadi seperti lalang yang tumbuh malata
namun tidak memberikan faedah kpd persekitaran.=)
Padi umpama kebaikan
Padi umpama kebaikan. Sifat mahmudah atau nilai kebaikan merupakan suatu perkara yang dituntut dalam kehidupan diibaratkan seperti pemuda yang menanam padi di bendang. Tanah digemburkan dengan baik, tanaman lain disingkirkan dan menjaga padi dengan rapi dan baik. Namun apa yang berlaku tidak sekali sama dengan apa yang kita impikan. Padi diharapkan, lalang pula yang tumbuh. Begitu juga dalam kehidupan kita, setiap kebaikan yang kita cuba tanam, dan semai dalam kehidupan sering diganggu oleh anasir buruk yang kita tidak harap akan kewujudannya.
“Sesiapa menunjukkan (seseorang) kepada kebaikannya, ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang melakukannya” (Riwayat Muslim)
Begitu besar ganjaran orang yang melakukan kebaikan, apabila kita menunjukkan kebaikan kepada seseorang, pahala kebaikan tersebut juga kita akan perolehi. Apatah lagi kalau orang itu melakukan kebaikan itu, bertambah lagi pahalanya.
Lalang adalah keburukan
Lalang pula sering menjadi hambatan kepada tumbuh-tumbuhan yang ada disekitarnya. Di dalam cerita ini pemuda ini bermasalah dengan tumbuhnya lalang. Lalang ini tidak dialukan begitulah perumpamaan dengan sifat mazmumah dalam kehidupan kita.
Lalang-lalang mazmumah ini dapat kita singkirkan dengan mengajak orang di sekitar kita melakukan kebaikan kerana secara fitrah, manusia cenderung kepada kebaikan.
“Sesiapa antara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman” (Riwayat al-Bukhari)
Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada segumpal daging, jika ia baik seluruh tubuh akan baik, jika ia rosak seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah bahawa itulah hati. Ingatlah sifat mahmudah umpama menanam padi perlu kita gembur-gemburkan dan suburkan manakala lalang-lalang mazmumah hendaklah kita singkirkan, jangan sesekali menanam benihnya di dalam hati, kerana jika tidak ditanam sekalipun, benihnya tetap akan tumbuh. Mustahil untuk kita mengelak “lalang-lalang mazmumah” ini dari terus tumbuh tetapi tidak mustahil untuk kita mengurangkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment